Wednesday 11 January 2012

Apa berlaku selepas 901?

DSAI Tidak Bersalah dan Dibebaskan!

Sesuatu yang mengejutkan kepada seluruh penyokong PR kerana sebelum itu ramai yang menjangkakan DSAI bakal kembali menghuni Penjara Sungai Buloh. Rahmat Ilahi membuka hati hakim menolak bukti pendakwaraya. Keputusan itu telah menerbitkan rasa syukur dan hiba sehingga menitiskan air mata gembira!

Namun begitu, keputusan tersebut bukan menjadi alasan mudah kepada PR untuk melenturkan gerakan menawan Putrajaya dalam PRU-13 akan datang. Secara logik akal dan penilaian dari sudut strategik, agak luar biasa sebuah regim yang bersifat angkuh seperti BN secara tiba-tiba 'berhati mulia' dengan merestui pembebasan DSAI ini. 

Apa perkara yang perlu dinilai dan difikirkan secara ilmiah oleh para penyokong PR dan anggota PKR, PAS dan DAP daripada 901?

Melenturkan asakan PR

Pembebasan DSAI mungkin menjadi senjata ampuh kepada regim BN untuk melenturkan asakan politik PR terhadap kedudukan semasa Najib Razak. Isu pembebasan ini bakal digunakan sebagai sebahagian Transformasi Politik yang cuba ditonjolkan beliau dengan memaparkan imej kerajaan yang lebih 'bersih' dan 'adil' berbanding zaman Pak Lah.

Ternyata tumpuan tersebut menjadi hebahan para pendokong parti pemerintah dengan melaungkan tidak ada campurtangan politik dalam kes Liwat II dan keputusan 901 telah membuktikan nas-nas mereka itu. Maka telah ada beberapa pemuka utama parti komponen seperti Pengerusi MCA Negeri Sembilan dan Presiden Gerakan yang menggesa pembangkang memohon maaf terbuka atas tuduhan-tuduhan liar terhadap kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara ini. 

Kejadian letupan tiga bom jangka yang berlaku di kawasan Mahkamah Tinggi KL, Jalan Duta juga sedang dimainkan oleh media utama BN khususnya Utusan Malaysia. Tuduhan dangkal dibuat oleh akhbar itu dengan mengaitkan kejadian tersebut adalah angkara penyokong PR.

Akan tetapi bagi kepada ribuan penyokong yang hadir ketika itu lebih tahu dan memahami kejadian tersebut. Agak mustahil tindakan provokasi melampau itu dilakukan oleh penyokon PR semata-mata untuk membangkitkan sesuatu yang bakal menyusahkan diri sendiri.

Logika yang boleh diutarakan daripada kejadian letupan bom itu adalah;

1. bom meletup di bawah kon kepunyaan polis, sudah pastinya ini berkemungkinan angkara polis melalui SB.

2. kawalan ketat sekitar kawasan mahkamah menjelang tengah malam 8 Januari 2012 tidak memungkin kehadiran mana-mana individu asing dan awam kecuali polis.

3. kehadiran awal penyokong-penyokong PR dilaporkan pada jam 6.30 pagi, itu pun kawasan tersebut telah dipenuhi oleh polis-polis yang bertugas.

4. kawalan rapi dengan pemeriksaan badan tiap-tiap penyokong yang masuk ke kawasan mahkamah. Mustahil polis tidak menjumpai sebarang objek pelik hatta senjata kecil seperti pisau umpamanya...inikan pulak sebijik bom jangka!


Menggandakan usaha!

Ketika ini para pendokong perjuangan PR harus bergerak ke hadapan dan tidak terus bersorak dengan keputusan 901. Ia sesuatu yang menjadi pelonjak semangat tetapi jangan melenturkan usaha dan gerak kerja menjayakan kemenangan PR dalam PRU-13 nanti.

Usaha terbaik adalah dengan menyusup masuk dan meluaskan gerakan penerangan tentang dasar-dasar perjuangan PR serta penjelasan isu-isu nasional yang telah menjejaskan imej negara khususnya kepada orang-orang Melayu.

Sebaran risalah-risalah penerangan adalah usaha terbaik dalam mengubah perspektif masyarakat Melayu khususnya di kawasan luar bandar dan ia mungkin dapat menangkis laporan-laporan 'songsang' yang sering tersiar dalam akhbar-akhbar arus perdana.

Ketika inilah waktu terbaik gerakan tersebut dipacu kerana keputusan 901 juga telah menyebabkan kebanyakan ahli Umno terkeliru! Siapa yang betul? Kekeliruan yang tercetus kesan daripada kaedah busuk politik Umno menyebar fitnah kepada para ahlinya!

Seharusnya peluang dan ruang itu wajar diambil kesempatan oleh PR untuk menerobos minda dan membuka perspektif politik ahli-ahli Umno ke arah yang positif.

No comments:

Post a Comment