Thursday 23 October 2014

Arkib Keadilan NS: Senarai Pengerusi Negeri

Keadilan Negeri Sembilan ditubuhkan secara rasmi pada Disember 1999. Sebelum tahun 2003, Keadilan ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional dengan singkatan yang dipopular oleh media iaitu PKN. Selepas penggabungan antara Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2003, entiti baru ini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat.

Sejak tahun 1999, telah ada beberapa nama yang memegang jawatan Pengerusi bagi Keadilan NS. Namun tidak semua yang mengetahui akan sejarah mudah ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi Negeri sejak 1999 bagi Keadilan NS;

DR RAFIE MALEK
(1999-2000)
RUSLAN KASSIM
(2000-2001)
IBRAHIM YUSOF
(2001-2005)
DR AHMAD AZAM HAMZAH
(2005-2007)
DATO' KAMARUL BAHARIN ABBAS
(2007-2010)
(2010-2013)

Siapa Pengerusi Negeri Penggal 2014-2017?

Setelah tamat pemilihan Keadilan 2014, ada beberapa perubahan pimpinan cabang di Negeri Sembilan dengan muka-muka baru mengambil alih tampuk teraju cabang iaitu di Jelebu, Telok Kemang, Rasah, Rembau, Kuala Pilah dan Tampin. Hanya Jempol dan Seremban masih kekal disandang oleh Ketua Cabang sesi lepas.

Namun begitu situasi di negeri ini menyaksikan lima ketua cabang disebut menyokong Dato Kamarul Baharin dilantik semula sebagai Pengerusi Negeri. Manakala dua cabang lagi menolak beliau. Seremban pula berkecuali namun menyokong keputusan majoriti.

Apakah pilihan Presiden Keadilan dalam memilih dan melantik Pengerusi Negeri di Negeri Sembilan? Apakah susuk baru ditampilkan atau mengekalkan Dato Kamarul?

1 comment:

  1. Rafie Malek ada track record meninggalkan perjuangan.Menurut sumber dalaman Ketua Umum sendiri tak berkenan dengan sikap 'macam bagus' beliau.Pembawaan diri pun saudara Rafaie ini pun dilihat tidak mempunyai karisma.Dato kamarul pula dilebel sebagai ikon sombong dan tidak strategik tetapi senioriti dalam politik dilihat mampu mengemudi PR di N.9 cuma untuk menawan N.9 pada PRU 14 dilihat masih jauh panggang dari Api jika Dato Kamarul dikekalkan.Kesimpulannya Keadilan N9 tandus pemimpin lapisan ke 2 dan kepimpinan sedia ada tidak agresif dan tersekat dengan masalah peribadai dan sejarah lampau masing-masing.

    ReplyDelete