Wednesday 6 March 2013

Isu ceroboh Lahad Datu:satu lagi konspirasi parti pemerintah?

Agak luar biasa tetapi tidak pelik kerana berlaku pencerobohan oleh sekumpulan orang bersenjata yang mendakwa mereka sebagai askar kepada Sultan Sulu yang berpusat di selatan Filipina menceroboh masuk ke Lahad Datu. Lebih aneh kemasukan mereka amat mudah dan tidak pula disedari oleh Angkatan Tentera Malaysia atau PDRM.

Ada maklumat tidak rasmi (wajar mendapat pengesahan) menyatakan bahawa seminggu sebelum pencerobohan itu berlaku, tugas rondaan rutin yang dijalankan oleh Marin PDRM di sempadan laut berhampiran telah diambil-alih oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Apakah agensi-agensi kerajaan tertentu telah dan turut terlibat dalam tindakan sebegini??

Lebih luar biasa, kejadian itu berlaku tatkala negara dilanda 'mood' PRU-13 khususnya di Sabah yang telah memperlihatkan arus perubahan rakyat wilayah ini cenderung menyokong Pakatan Rakyat. Lebih menarik lagi, beberapa hari sebelum pencerobohan itu mantan PM, Mahathir Mohamad ada menyebut BN akan menang 80-85 kerusi parlimen pada PRU-13. Ia menjadi lagi mengujakan dengan maklumat risikan tentera menyebut bahawa PR bakal memenangi 145 parlimen!

Adakah kita semua sedar bahawa isu pencerobohan di Lahad Datu ini suatu konspirasi yang sedang berlangsung? 

Segala kaedah atau modus operandi dalam isu ini seakan ingin membawa negara kepada pengisyhtiharan darurat yang semestinya diperlukan oleh parti pemerintah dalam usaha mencantas ombakan perubahan politik semasa.

Untuk memudahkan penjelasan,

1. Malaysia kini berada dalam 'mood' menghadapi PRU-13,
2. Kajiselidik & risikan tentera memaklumkan bahawa PR bakal menang 145 parlimen!
3. Sabah menjadi lubuk kemenangan besar BN sejak 1970, kini dilanda ombakan perubahan oleh rakyatnya untuk menukar kerajaan!

Soalan berkaitan perkara di atas;
1. Kenapa ia berlaku di Sabah?
2. Kenapa penceroboh boleh lolos masuk mudah ke dalam negeri?
3. Mana hilangnya pasukan tentera negara yang mengawal perairan dan sempadan negara?
4. Mengapa kerajaan mengambil masa lama untuk menanggani isu ini?
5. Mengapa dan apa kepentingan mengadakan perbincangan dengan penceroboh yang terang-terangan masuk dengan senjata?
6. Kenapa secara tiba-tiba nama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dikaitkan dengan pencerobohan?
7. Secara logik atas aspek pertahanan diri, mengapa para penceroboh harus bertempur di tempat terbuka dan lapang-Ladang Kelapa Sawit?? sedangkan boleh berlindung dan berperisai dalam kawasan berpenduduk?

Tujuan cetusan konspirasi;
Secara jelas, tujuan konspirasi sebegini diwujudkan adalah untuk menaikkan sentimen patriotisme rakyat sekaligus mewujudkan keyakinan semula rakyat kepada parti pemerintah. Itu pernah digunakan oleh mantan Presiden USA-George W. Bush ketika Tragedi WTC 911, telah berjaya mencetuskan semangat patriotisme rakyat USA untuk melawan 'pengganas antarabangsa' walhal ketika itu George W. Bush berhadapan dengan krisis keyakinan rakyat terhadap beliau. Ia berkait rapat dengan 'kemenangan' beliau yang diisthiyharkan oleh mahkamah US ketika pilihanraya Presiden di negeri Florida yang keputusan awalnya memihak kemenangan kepada Al-Gore.

Situasi itu telah digunakan sebaiknya oleh Najib Razak sehari selepas berita kematian dua komando PDRM dengan paparan semua media kehadiran beliau di lokasi penting dan pengkebumian komando terbabit. Kematian komando itu atas dasar mempertahankan negara amat dihormati, namun menggunakan kematian itu untuk tujuan menjayakan konspirasi amat dikeji. Harus diingat bahawa perkara pokok yang ditekankan di sini adalah berlakunya konspirasi yang menggunakan isu keselamatan dalam negeri dan menjadikan anggota pertahanan sebagai korban demi menjayakan tujuan tersebut.

Namun disebalik kelancaran modus operandi menjayakan konspirasi melalui media agak terganggu beberapa hari kemudiannya kerana kedangkalan akhbar Utusan Malaysia cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dengan pihak penceroboh. Ia cuba diyakinkan dengan berita itu dipetik daripada Reuters!

Bahagian inilah kegagalan konspirasi Lahad Datu ini mulai kelihatan. Ia umpama satu klimaks kegagalan pasukan strategis parti pemerintah yang terlibat dalam konspirasi ini. Semacam mengulangi konspirasi Liwat 1 & 2, mewujudkan sesuatu yang tidak pernah berlaku tetapi bersungguh-sungguh diadakan!!! Ia sangat ketara dan jelas menunjukkan 'penglibatan' secara langsung parti pemerintah!

Sehingga kini, skrip jalan cerita konspirasi sedang melalui frasa pembetulan dan penyusunan semula kerana jalan cerita awal telah mula diragui dan mendapat kesangsian seluruh rakyat. Selepas ini, akan lebih ramai pemuka-pemuka parti pemerintah akan terlibat untuk menyakinkan rakyat akan kebenarannya.

Amat mendukacitakan dan menyedihkan adalah soal keselamatan dalam negeri dan kesetiaan anggota keselamatan telah diheret ke kancah yang salah. Semoga Ilahi melindungi seluruh rakyat negara ini daripada kerja-kerja jahat oleh tangan-tangan strategis keji!

No comments:

Post a Comment