Hari ini (4 April 2012) adalah tarikh ulangtahun ke-13 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). Satu tarikh yang wajar diingati oleh semua anggota Keadilan dan para pendokong Reformasi.
Suatu ketika dulu beberapa pemuka utama Umno pernah mengatakan Keadilan akan hanya bertahan dalam masa yang sekejap sahaja. Malah PM-Najib Razak juga pada hari sebelum PRU 2008 lalu dengan bangga-angkuh mengatakan Keadilan akan terkubur selepas PRU 2008. Namun disebalik kata-kata negatif itu, Keadilan kemudiannya telah memenangi banyak kerusi Parlimen dan DUN dengan tanpa diduga oleh semua pihak. Mungkin ketika itu selepas keputusan keluar, Najib Razak terkedu dan atas sebab itu beliau agak gigih untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim secara konsisten selepas itu hingga kini.
Kedengaran suatu ketika ada persepsi yang berbunyi bahawa selepas Anwar Ibrahim dibebaskan Keadilan akan dibubarkan dan semua anggotanya akan kembali ke pangkuan Umno-BN. Akan tetapi ia tidak berlaku, Anwar Ibrahim telah menongkah arus untuk terus menghidupkan langkah-langkah perjuangan politik Keadilan.
Mewarnai siasah tanahair
Memang diakui bahawa Keadilan umpama anak kecil yang baru melangkah ke peringkat menengah pendidikan. Namun, keupayaannya melalui laluan politik negara yang kental sejak 1998 telah menjadikan ia sebagai sebuah parti siasah yang berdaya saing dan pantas berkembang. Secara tidak langsung ia memberi saingan politik kepada parti-parti yang telah melangkaui usia lebih empat dekad seperti Umno, MIC, MCA, Pas dan DAP.
Semoga arah perjuangan Keadilan akan mampu berterusan selagi ia berpegang kepada perjuangan untuk rakyat. Harus diingat juga bahawa Keadilan kini selepas 2008 adalah turut dianggotai oleh kebanyakan anak-anak muda yang tidak punya latarbelakang politik dan tidak berparti. Generasi awal iaitu bekas-bekas Umno, ABIM, NGO-NGO dan Reformis bakal menjadi tunjang pengalaman kepada generasi baru keanggotaan Keadilan kini. Itu kelebihan yang dimiliki oleh parti ini dan wajar ia berterusan menjadi wadah kepada anak-anak muda Malaysia.

No comments:
Post a Comment